PROGRAM TAZKIAH DAN MAJLIS BERBUKA PUASA KLIEN AADK

Program Tazkiah bersama klien-klien AADK Daerah Kota Setar telah diadakan sempena malam Nuzul Al Quran di Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar.

Program ini melibatkan penyertaan lebih kurang 70 Orang Kena Pengawasan (OKP) yang berada di bawah pemantauan pegawai pemulihan AADK Daerah. Aturcara program dimulakan dengan pengisian oleh Ustaz Arasy dari JAKIM diikuti bacaan tahlil dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat.

Dalam ucapan, saya meminta mereka agar memperbanyakkan doa dalam bulan Ramadan yang mulia ini, untuk memohon semoga diberikan kekuatan untuk kekal pulih dan menjalani kehidupan baharu yang lebih positif bersama keluarga tersayang.







Comments