SENTUHAN KASIH RAMADAN 1445H DUN KUBANG ROTAN

Pada 19 Ramadan 1445H bersamaan 30 Mac 2024, telah diadakan satu majlis ringkas penyampaian sumbangan Ramadan kepada golongan B40 dari sekitar Pekan Kuala Kedah diadakan di pekarangan Dewan Kampung Tengah. Seramai 40 orang penerima telah hadir iaitu dari Kampung Kompleks, Kampung Balai, Seri Pantai dan Kampung Kelunchor.

Sebelum itu, saya juga telah menziarahi beberapa buah rumah ibu tunggal di Perumahan Awam Kuala Kedah bagi menyampaikan sumbangan bakul makanan.






















Comments