SENTUHAN KASIH RAMADAN KLIEN WANITA

Pada 25 Mac 2024 bersamaan 14 Ramadan 1445H, telah diadakan Program Sentuhan Kasih Ramadan anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar bersama Klien AADK Wanita . Turut hadir Puan Nurhafizah binti Md Desa, Ketua AADK Daerah Kota Setar dan Pokok Sena.

Selain sesi kaunseling berkelompok, sumbangan bakul makanan turut disampaikan kepada mereka yang kebanyakannya merupakan ibu tunggal. Mereka terdiri daripada lingkungan umur dari 22 tahun hinggalah 56 tahun. Ada yang datang dengan bayi berusia 3 bulan dan ada yang datang ditemani nenek yang berusia 82 tahun. Ada yang mengaku mula mengambil dadah sejak di tingkatan dua lagi.

Kerana dadah, seluruh lapisan masyarakat terkesan. Semoga mereka semua kekal dalam kepulihan.











Comments