KISAH PESAKIT MENTAL DI TAMAN SERI ABADI

Pada 22 Ramadan 1445 bersamaan 2 April 2024, saya bersama Pegawai Perubatan dan Unit Psikiatri Komuniti, Hospital Sultanah Bahiyah telah melawat seorang pesakit mental di sebuah rumah kampung terbiar bersebelahan Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah. Turut bersama Pengerusi KRT Taman Seri Abadi.

Pesakit ini baru berusia 25 tahun dan belum menerima rawatan yang sewajarnya. Ibu bapanya telah meninggal dunia, adik tunggalnya pula tinggal di Yan dan waris yang berdekatan hanyalah sepupunya. Dia sering menganggu jiran dan bertindak di luar kawalan. Dia enggan berkomunikasi dengan kami kerana dikatakan mengantuk. Kami dimaklumkan dia sentiasa merayau sepanjang malam hingga awal pagi. Melihat suasana rumahnya juga agak menyedihkan.

Kami telah meminta pihak keluarga agar membuat laporan polis supaya pihak polis dapat membawanya ke hospital untuk dimasukkan ke wad psikiatri. Setelah dirawat, satu penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik untuknya perlu difikirkan.




Comments