MAJLIS IFTAR MAHSURI MEDICAL CENTRE

Majlis Iftar Mahsuri Medical Centre berlangsung pada 25 Ramadan 1445H. Selain kehadiran staf dan keluarga masing-masing, turut diraikan adalah pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Anwarul Hidayah.

Program bermula dengan majlis khatam Al-Quran, diikuti penyampaian zakat dan seterusnya berbuka puasa. Pelbagai juadah hidangan disediakan, antaranya nasi tomato, kambing golek, laksa dan murtabak.











Comments