ZIARAH KASIH RAMADAN PASUKAN KANAK-KANAK

Program Ziarah Kasih Ramadan telah diadakan bersama Pasukan Pelindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kota Setar pada 25 Ramadan 1445H bersamaan 5 April 2024 di sekitar Bandaraya Alor Setar.

Kami melawat klien-klien JKM terutamanya kanak-kanak yang pernah atau yang sedang berada dalam perlindungan dan pemantauan pihak Pelindung Kanak-kanak. Kebanyakannya adalah kes-kes melibatkan ibu bapa mereka yang terlibat dengan dadah.

Selepas Aidilfitri nanti, satu program susulan telah diatur untuk kanak-kanak ini. Kami juga akan berusaha untuk mengembalikan mereka yang tercicir kembali ke dalam arus persekolahan. Keselamatan dan kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan.











Comments