Pada 26 April 2025, Program Temuseru Komuniti (ProTek) Kota Sarang Semut berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Islah, Kota Sarang Semut. Sambutan penduduk amat menggalakkan.
Antara pengisian program :
1.Saringan kesihatan percuma oleh Mahsuri Medical Centre dan pemeriksaan Pap smear oleh Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut.
2. Taklimat Perlindungan Kanak-kanak - Sentuhan tak selamat oleh Dr Muhsina binti Hassan dari Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Malaysian Against Pornography (MAP).
3.Pertandingan Gubahan Aspek Wanita dan Sepak Penalti anjuran AADK Daerah Kota Setar
4.Ceramah Kesihatan Mental oleh En Fazlan Shahidi bin Osman, Pegawai Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
5. Kaunter perkhidmatan JKM
6. Free market baju raya dan pakaian sekolah anjuran Pusat Aktiviti Kanak-kanak JKM
7. Bas Pameran AADK
8. Cabutan Bertuah
9. Taklimat pencegahan dadah
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Wan Junid bin Wan Ismail selaku imam masjid dan ahli jawatankuasa beliau serta semua agensi yang terlibat menjayakan program kemasyarakatan ini.
Insya Allah program berbentuk temuseru (outreach) ini akan diteruskan di komuniti lain pula selepas ini dengan menyasarkan masjid dan kawasan rukun tetangga sebagai tuan rumah.
Comments
Post a Comment