Pada 19 April 2025, saya berpeluang bersembang santai bersama Dato’ Haji Md Noor Udoh iaitu seorang tokoh veteran UMNO. Beliau berkongsi pandangan dan kisah perjuangan beliau dalam arena politik Negeri Kedah. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah ketika zaman Allahyarham Dato’ Senu Abdul Rahman menjadi Ketua Bahagian. Arwah isterinya adalah Dato’ Rokiah Zainuddin merupakan mantan senator dan mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Walaupun sudah berusia 93 tahun, semangat perjuangan beliau masih membara. Banyak iktibar dan pengajaran yang kita boleh belajar daripada orang lama seperti beliau. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Comments
Post a Comment