HARI ANTIDADAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025

Pada 24 Mei 2025, saya menghadiri Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Kedah 2025 anjuran AADK Negeri Kedah di Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Tiang. Program disempurnakan oleh YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri Kedah.

Pemilihan Pendang sebagai tuan rumah amat bertepatan memandangkan daerah ini merekodkan kadar penyalahgunaan dadah yang tertinggi di Malaysia iaitu 1,286 penagih bagi setiap 100,000 penduduk sehingga Mac 2025. Kedah pula mencatatkan 12,259 kes, keempat tertinggi di Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan Pengarah AADK Kedah, Tuan Khairul Anwar Ahmad.

Tahniah AADK Kedah kerana sentiasa giat menjalankan program-program pencegahan dadah.










Comments