Pada 5 Mei 2025, kunjungan hormat dan perbincangan telah diadakan antara Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah dan Ahli-ahli Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital.
Saya mengetuai delegasi Lembaga Pelawat ini dan telah membawa beberapa isu berkaitan kepentingan dan kebajikan pesakit mental. Antara isu yang dibincangkan bersama adalah dari segi memudahcarakan akses rawatan bagi pesakit, penambahbaikan fasiliti dan sistem perkhidmatan untuk pesakit dan keluarga mereka. Terima kasih kerana sudi bertemu kami.
Comments
Post a Comment