Lawatan bersepadu wanita yang terlibat dadah bersama pelbagai agensi telah diadakan pada 7 Mei 2025. Tiga wanita telah dilawati iaitu di Kuala Kedah dan Simpang Kuala. Wanita pertama, baru bersalin 2 minggu lepas, wanita kedua pula anak remajanya terlibat dadah dan telah dimasukkan ke institusi JKM dan seorang lagi wanita sedang hamil 28 minggu dan didapati telah berada di bawah perintah pengawasan AADK.
Setiap mereka akan dipantau bersama oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan mereka dapat menjalani rawatan pemulihan dan kebajikan anak-anak mereka terpelihara. Terima kasih semua jabatan yang sentiasa bersama dan memberi komitmen yang mantap.
Comments
Post a Comment