MTMD DAERAH KOTA SETAR BIL 1/2025

Pada 27 Mei 2025, YBhg Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kota Setar Bil 1/2025.

Dalam mesyuarat ini, saya membentangkan kertas makluman berkenaan laporan pengurusan kes wanita dan kanak-kanak yang terlibat dadah. Ini adalah susulan kertas pertimbangan isu ini yang saya bentangkan tahun lalu. Setakat ini, ‘taskforce’ ini berjalan lancar dan besar harapan saya semoga hasil gerak kerja ini akan melahirkan satu dasar baharu bagi menangani gejala pelencongan sosial ini.

Turut hadir Ketua AADK Daerah, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Perpaduan Daerah, wakil-wakil agensi persekutuan dan negeri serta penghulu-penghulu mukim.










Comments