MESYUARAT KES WANITA DAN KANAK-KANAK TERLIBAT DADAH BIL 1/2025

Pada 30 April 2025, saya mempengerusikan mesyuarat pengurusan kes wanita dan kanak-kanak terlibat dadah Daerah Kota Setar dan Pokok Sena yang pertama untuk tahun 2025. Majoriti kes yang dibincangkan pada tahun lepas banyak telah diselesaikan dengan memastikan wanita terbabit menerima rawatan pemulihan dan anak-anak mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Lapan kes baharu telah dibentangkan oleh klinik-klinik kesihatan, pelindung kanak-kanak JKM dan wakil-wakil NGO yang hadir. Kerjasama yang sangat baik daripada pelbagai agensi dalam memastikan gerak kerja bersepadu ini berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, masih banyak penambahbaikan perlu difikirkan selepas ini terutamanya tindakan ‘after care’ iaitu perancangan rapi untuk wanita-wanita ini setelah mereka menamatkan tempoh rawatan di pusat pemulihan harus diperincikan. Ini amat penting sebagai sokongan sosial bagi mengelakkan mereka daripada terjerumus semula dalam penagihan.







Comments