Mesyuarat dan pemilihan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah sesi 2025-2027 telah diadakan pada 27 Mei 2025 di Pejabat AADK Kedah, Anak Bukit. Alhamdulilah saya telah dipilih sebulat suara untuk penggal kedua bagi meneruskan khidmat sebagai Pengerusi JKPD Negeri Kedah.
Seterusnya, selepas ucapan aluan daripada Tuan Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Kedah, saya mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan pembentukan biro-biro JKPD Negeri dan perancangan program-program sepanjang tahun. Mesyuarat ini yang dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi JKPD setiap daerah turut diadakan secara atas talian yang melibatkan JKPD Langkawi dan JKPD Bandar Baharu.
Saya berhasrat menjadikan JKPD sebagai satu gerakan massa bagi menggalakkan penyertaan ahli komuniti dan pemimpin masyarakat untuk turut sama membantu kepulihan klien-klien AADK.
Comments
Post a Comment