PROGRAM KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL JKPD

Program kelompok sokongan sosial dan penyampaian sumbangan kepada klien-klien AADK telah diadakan pada 14 Mei 2025. Program anjuran Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar ini diadakan bertempat di Pejabat AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena. Saya bersama AJK JKPD lain iaitu Puan Nor Habsah dan Cikgu Ku Azizan memberi pengisian motivasi bagi membantu kepulihan mereka. Turut hadir bersama Ketua AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena, Tuan Zakaria bin Mat Saed.

Seramai 40 orang klien menerima sumbangan hasil inisiatif Biro Kebajikan JKPD. Semoga sumbangan beras ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan mereka dan menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus menyertai program-program pemulihan dalam komuniti bersama AADK dan JKPD.












Comments