KAD KESETIAAN MAHSURI MEDICAL CENTRE

Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Amiza binti Mustafa dan suami atas kelahiran cahaya mata yang ke-5. Beliau adalah pelanggan setia Mahsuri Medical Centre (MMC) sejak dari anak sulung pada 2009 sehinggalah anak yang kelima ini semuanya dilahirkan di MMC.

Atas sebab itu, kami menyampaikan kad kesetiaan (loyalty card) MMC kepada beliau sebagai menghargai kesetiaan ini. Terima kasih kerana sentiasa memilih MMC. Semoga anak-anak yang dilahirkan di MMC ini akan menjadi zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.

Keistimewaan kad kesetiaan :
- Diskaun 5% apabila bersalin kali yang ke-2
- Diskaun 5% untuk setiap rawatan pesakit luar (suami,isteri dan anak-anak)
- Bersalin Kali ke-3, ke-4 dan seterusnya akan diberikan 10% diskaun

Kad kesetiaan ini saya telah lancarkan ketika Sambutan Hari Jururawat MMC baru-baru ini.







Comments