Pada 19 Jun 2025, saya telah merasmikan Program Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2025 Mahsuri Medical Centre di Homestay D’Bendang, Jitra. Penganjuran program ini adalah satu penghargaan kepada para jururawat yang sentiasa komited dalam memberi khidmat yang terbaik kepada pesakit.
Sempena majlis ini, saya menyampaikan anugerah kepada jururawat, pembantu jururawat dan staf sokongan yang bertugas cemerlang sepanjang tahun. Semoga kecemerlangan dan disiplin yang ditunjukkan akan dapat diteruskan.
Saya juga telah menyempurnakan pelancaran kad kesetiaan (loyalty card) khas untuk pelanggan Mahsuri Medical Centre yang akan memberi pelbagai keistimewaan kepada para pemegangnya.
Comments
Post a Comment