CERAMAH STEM SMK TENGKU LAKSAMANA

Pada 7 Julai 2025, kehadiran saya telah disambut oleh Puan Noraini binti Othman, Pengetua SMK Tengku Laksamana, Kuala Kedah. Tujuan kehadiran saya adalah bagi memenuhi jemputan menyampaikan ceramah sempena Program STEM 2025 iaitu STI 100 (Sains, Teknologi, Inovasi).

Saya mengulas tentang peluang-peluang kerjaya dalam bidang sains kesihatan dan bagaimana kajian-kajian sains telah memberi manfaat kepada kesihatan manusia seluruh dunia. Semoga pengisian saya sedikit sebanyak dapat menimbulkan minat lebih 800 pelajar sekolah ini terhadap sains terutamanya yang berkaitan bidang kesihatan. Program ini diadakan serentak di lebih 10 ribu buah sekolah seluruh negara.











Comments