KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT ZAKAT DAERAH KOTA SETAR

Pada 17 Julai 2025, saya telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Zakat Daerah Kota Setar bersama Dr Siti Zubaidah binti Ismail, Pakar Psikiatri Komuniti dan Unit Psikiatri Komuniti, Hospital Sultanah Bahiyah. Kami diberi taklimat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Seterusnya kami dibawa melawat Bengkel Jahitan Zakat Kedah yang bertanggungjawab menyediakan lebih 30 ribu pasang pakaian sekolah setahun untuk pelajar-pelajar dari keluarga asnaf di seluruh Negeri Kedah.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Haji Hamidi bin Mohd Noor, Pegawai Zakat Daerah Kota Setar di atas layanan yang sangat baik dan mesra. Insya Allah hubungan baik dengan LZNK akan memudahkan urusan membantu pesakit-pesakit mental kami.




























Comments