MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT MANGSA MUSIBAH ALAM

Majlis penyerahan agihan zakat kepada 38 orang mangsa musibah alam telah diadakan pada 17 Julai 2025. Mangsa yang terlibat telah ditimpa bencana ribut yang melanda kawasan Tebengau, Alor Ibus, Kota Sarang Semut, Taman Kota Nelayan, Telok Bagan dan Langgar baru-baru ini. Jumlah keseluruhan sumbangan adalah RM85 900. Setiap daripada mereka menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 hingga RM3000 berdasarkan tahap kerosakan rumah mereka. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mereka. Sumbangan RM1000 juga telah disampaikan kepada seorang mualaf.

Dalam ucapan, saya meminta mereka sentiasa bersabar dan reda dengan ujian yang diterima. Di samping itu, saya juga menggalakkan mereka mendapatkan rawatan kaunseling sekiranya masih mempunyai simptom trauma selepas peristiwa bencana ini.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Haji Hamidi bin Mohd Noor, Pegawai Zakat Daerah Kota Setar dan pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Marilah kita menunaikan zakat agar lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu.




























Comments