MESYUARAT KUMPULAN KERJA DASAR KESELAMATAN NEGARA

Mesyuarat Kumpulan Kerja Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah diadakan pada 8 Julai 2025. Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan cadangan penambahbaikan 9 teras yang sedia ada bagi penggubalan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2026 - 2030.

Saya hadir mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah. Turut menghadiri mesyuarat ini adalah ahli-ahli akademik dari IPTA iaitu UUM, UniSHAMS dan UiTM.

Dalam mesyuarat ini saya telah mencadangkan beberapa perkara yang boleh menambahbaik penggubalan DKN yang baharu. Antaranya saya mencadangkan

1)Pihak kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kaedah bagaimana dapat dikawal algoritma dalam media sosial yang secara tidak disedari mempromosi dan menyebarkan propaganda budaya songsang, ekstremisme dan agenda anasir luar.

2) Dari aspek kesihatan pula, saya mencadangkan penekanan terhadap ancaman penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, obesiti dan penyakit mental harus diberi perhatian.

3) Bahaya kemunculan semula dan peningkatan kes penyakit berjangkit seperti TB dan measles kesan daripada penularan oleh imigran dan pengaruh golongan antivaksin.












Comments