PERBICARAAN KES AMANG SEKSUAL DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK


Pada 9 Julai 2025, tiba giliran saya bertugas sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak bersama Pegawai-pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.

Kes yang dibicarakan adalah kes amang seksual seorang kanak-kanak lelaki berumur 16 tahun terhadap adik kandung yang berusia 8 tahun. Bagi saya kes ini adalah sesuatu yang menyedihkan kerana berlaku dalam rumah sendiri. Ibu bapa gagal menggunakan kuasa sebagai orang dewasa untuk membendung kejadian yang telah berlaku 4 kali mengikut fakta kes. Sebagai seorang lelaki dan abang sulung, dia tergamak melakukan sedemikian walaupun sepatutnya dialah yang bertanggungjawab melindungi adik-adik perempuannya.

Puan Majistret telah mengeluarkan perintah agar dia dimasukkan ke Sekolah Tunas Bakti selama 3 tahun seperti cadangan kami memandangkan ibu bapanya tidak lagi dapat mengawalnya. Pemulihan dalam institusi adalah jalan terakhir demi masa hadapan yang lebih baik kerana pengaruh persekitarannya tidak sihat. Perintah ini dikira ringan berbanding hukuman di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang jika disabitkan kesalahan bagi orang dewasa boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat

Comments