Pada 12 Julai 2025, saya berpeluang untuk kembali beraksi di Padang MRSM Taiping selepas 31 tahun. Perlawanan persahabatan antara Alumni MRSM Taiping (Tepen Legends) dan Pasukan Bolasepak MRSM Taiping diadakan sempena Program Sirih Pulang Ke Gagang.
Saya juga berpeluang bermain sepadang dengan anak saya yang bermain di posisi bek kiri untuk pasukan MRSM Taiping. Dahulunya saya pernah bermain di posisi striker untuk maktab.
Pasukan ‘warga emas’ kami berjaya menamatkan perlawanan sepenuh masa dengan keputusan seri 1-1 tetapi tewas dalam penentuan sepakan penalti. Pertandingan ini ternyata berjaya dapat mengeratkan hubungan pelbagai generasi antara pelajar dan bekas pelajar.
Comments
Post a Comment