PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG 2025

Sebagai alumni MRSM Taiping, saya berpeluang turun membantu adik-adik pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM dalam Program Sirih Pulang Ke Gagang 2025.

Pada 12 Julai 2025 iaitu hari pertama program melibatkan dua sesi. Sesi pertama adalah group mock interview sebagai latihan menyediakan mereka untuk menghadapi temuduga biasiswa. Saya bersama Puan Nur Anissa dari Batch 2017, iaitu seorang chemical engineer telah menemuduga 4 kumpulan pelajar dengan memberi pelbagai tugasan untuk mereka selesaikan.

Kemudian saya mengendalikan dua slot career breakout bersama Dr Musthafa dari Batch 2012, merupakan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan, telah menerangkan laluan kerjaya bagaimana menjadi seorang doktor dan berkongsi pengalaman hidup untuk memberi motivasi bagi mencapai impian mereka.

All the best semua untuk SPM 2025.













Comments