Program Temuseru Komuniti (ProTek) Sungai Baru Gunong berlangsung pada 19 Julai 2025 di Masjid Hidayatus Solihin, Sungai Baru Gunong, Anak Bukit.
Antara aktiviti adalah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Mahsuri Medical Centre, bas pameran AADK, bas perkhidmatan JKM, peraduan mewarna melibatkan 40 orang kanak-kanak dari Tadika Kemas dan Pasti, ceramah pencegahan dadah oleh AADK, pertandingan sepak penalti AADK dan program advokasi kasih kanak-kanak JKM.
Yang istimewanya program kali ini melibatkan aktiviti kacau 6 kawah bubur asyura dan edaran lebih 700 bekas bubur asyura kepada penduduk setempat. Turut bersama adalah lebih kurang 30 orang klien AADK yang hadir sebagai inisiatif integrasi semula ke dalam masyarakat.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid di atas kesudian menjadi tuan rumah dan kepada semua agensi yang memberi kerjasama baik dalam menjayakan program kemasyarakatan ini.
Comments
Post a Comment