Buat julung kalinya pada 25 Julai 2025, majlis perasmian Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di bumi Kedah dan lebih istimewa lagi di Bandar Darulaman, Jitra.
Tahniah AADK Negeri Kedah sebagai tuan rumah kerana berjaya menganjurkan program ini hanya dalam tempoh 14 hari sahaja. Saya terlibat secara langsung sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Negeri Kedah dan begitu juga Mahsuri Medical Centre yang berjiran dengan lokasi program. Kami berusaha membantu sebaik mungkin bagi menjayakan segala perancangan. Alhamdulilah semua berjalan lancar.
Semoga program ini telah memberi manfaat kepada penduduk setempat dan merancakkan lagi agenda membanteras dadah di Negeri Kedah.
Comments
Post a Comment