SKPG 2025 HARI KEDUA

Hari kedua Program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) MRSM Taiping pada 13 Julai 2025 melibatkan mock interview one to one pelajar tingkatan 5 sebagai latihan persediaan menghadapi temuduga biasiswa. Saya bersama Saudara Sohib Zamani dari Batch 2010 yang merupakan seorang jurutera yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang psikologi di Universiti Utara Malaysia, telah menemuduga 8 orang pelajar. Selain itu, kami juga memberi maklumbalas untuk penambahbaikan kepada mereka pada akhir temuduga.
 
Program berakhir pada tengah hari dan majlis penutupan dirasmikan oleh Pengetua MRSM Taiping, En Azman Manaf. Saya gembira dapat terlibat dalam program ini kerana berpeluang bertemu semula dengan rakan-rakan persekolahan yang lebih 30 tahun tidak berjumpa. Insya Allah jika ada kesempatan, saya akan turut serta pada tahun hadapan.












Comments