Program Ante Natal Talk 2025 Mahsuri Medical Centre telah dianjurkan pada 9 Ogos 2025 bertempat di Hotel Bustani, Jitra.
Program dimulakan dengan majlis perasmian dan seterusnya diisi dengan 3 slot ceramah iaitu ceramah perjalanan kehamilan oleh Pakar Obstetrik & Ginekologi, ceramah prosedur epidural oleh Pakar Bius dan ceramah pemakanan ibu hamil oleh Pegawai Sains Pemakanan. Program diakhiri dengan bengkel penjagaan bayi yang dikendalikan oleh jururawat-jururawat terlatih.
Tahniah diucapkan kepada semua bakal ibu dan bapa yang hadir demi menambah ilmu tentang penjagaan ketika hamil dan persediaan menyambut kelahiran zuriat yang dinantikan. Kebanyakan yang hadir merupakan pasangan yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama.
Comments
Post a Comment