Mesyuarat Cakna Permasalahan Sosial Kanak-kanak Daerah Kota Setar telah diadakan pada 14 Ogos 2025 dan dipengerusikan oleh Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani, Ketua Pembangunan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.
Saya hadir atas kapasiti sebagai Pengerusi Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil pelbagai agensi dan jabatan sebagai pemegang taruh yang bertanggungjawab menjaga kepentingan dan kebajikan kanak-kanak di daerah ini.
Ketetapan telah dibuat untuk mengadakan satu bengkel ‘brainstorming’ bagi menyelaraskan gerak kerja bersama dan merangka pelan tindakan menangani gejala sosial berkaitan kanak-kanak di kawasan perkampungan nelayan dan perumahan flat.
Comments
Post a Comment