PROGRAM GOTONG-ROYONG PANTAI LEMAN

Pada 22 Ogos 2025, Program Gotong-royong Bulan Kemerdekaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar telah diadakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar di Pantai Leman, Kuala Kedah.

Program khidmat masyarakat ini turut melibatkan NGO-NGO lain seperti Majlis Belia Daerah, Lions Club Alor Setar, JKPD Daerah, Skuad AADK, Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Negeri Kedah dan 50 orang klien AADK yang turut sama membantu membersihkan kawasan pantai ini.

Pemandangan di sini sangat indah dan sayang sekali jika para pengunjung gagal menghargainya dengan tidak menjaga kebersihan. Program diakhiri dengan penyampaian Jalur Gemilang kepada wakil-wakil NGO yang terlibat.


































Comments