Pada 11 Ogos 2025, saya telah ditemubual oleh 3 orang pelajar perubatan tahun 2 Uitm yang memilih AADK Daerah Kota Setar sebagai projek program elektif pra-klinikal mereka. Saya berkongsi pengalaman gerak kerja masyarakat madani saya dalam pencegahan dan pemulihan dadah sepanjang hampir 20 tahun penglibatan saya dengan AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah.
Sebelum itu saya memperkenalkan mereka kepada Ketua AADK Daerah dan seterusnya mereka menyertai saya dalam sesi ‘Relapse Prevention’ bersama lebih kurang 50 orang klien AADK. Semoga pendedahan ini akan menimbulkan minat mereka dalam bidang pembanterasan dadah dan memberi pendedahan tentang konsep rawatan pemulihan dadah yang holistik dan kepentingan aktiviti pemerkasaan komuniti.
Comments
Post a Comment