Pada 8 Januari 2020, YBhg Tan Sri Lee Lam Thye dan rombongan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah melakukan kunjungan hormat ke atas YDH Dato’ Ketua Polis Perlis dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis. Matlamat utama kunjungan ini adalah untuk menyampaikan surat perlantikan kepada YDH SAC Dato’ Surina binti Saad, Ketua Polis Perlis sebagai Pengerusi MCPF Perlis. Selain itu, YBhg Tan Sri turut beramah mesra dan memberi taklimat berkenaan gerak kerja MCPF kepada pegawai-pegawai kanan PDRM Perlis. Semoga MCPF Perlis akan bergerak dengan lebih aktif selepas ini. Kami di MCPF Kedah sedia membantu.
Comments
Post a Comment