MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT RELA BERSEKUTU NEGERI KEDAH

Pada 13 Mac 2020, telah berlangsung Majlis Pemangkaian Pangkat Dan Penyerahan Watikah Ahli Bersekutu RELA Negeri Kedah yang bertempat di Star City Hotel, Alor Setar. YBhg Tuan Kamarudin Bin Mohd Rapig, Pemangku Ketua Pengarah RELA Malaysia telah sudi hadir merasmikan majlis. Tuan Ahmad Bin Abdul Wahab selaku Pengarah RELA Negeri Kedah juga turut hadir.

Walaupun saya telah menerima perlantikan sebagai RELA Bersekutu pada tahun 2018 lalu, tetapi saya tetap hadir meraikan rakan-rakan yang menerima watikah bagi meneruskan khidmat dan bakti bersama RELA. Tahniah kawan-kawan semua.

Selesai majlis, Tuan Kamaruddin sudi untuk bersantai minum kopi bersama kami untuk berkongsi pengalaman beliau dalam angkatan tentera dan RELA serta memberi cadangan kepada kami sebagai RELA Bersekutu untuk bergerak dengan lebih berkesan.

                                     













Comments