Pada 24 Oktober 2020, saya telah menziarahi seorang klien AADK bersama Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Jururawat Masyarakat, Pegawai-pegawai AADK dan MCPF Daerah Kota Setar. Kami mahu memastikan kebajikan 3 orang anak lelakinya yang berumur 4, 8 dan 11 tahun sentiasa terjaga. Ibu mereka telah melarikan diri. Mereka dijaga oleh nenek mereka yang agak uzur dan ayah mereka bekerja sebagai nelayan.
Anak bongsu berumur 4 tahun itu mengalami masalah kurang zat makanan dan sedang dalam pemantauan klinik. Alhamdulilah, abang-abangnya masih bersekolah. Kami menyampaikan sumbangan barang dapur untuk keluarga ini dan KFC untuk kanak-kanak ini.
Pemantauan dari semasa ke semasa penting bagi memastikan klien AADK sentiasa dalam proses kepulihan dan anak-anak mereka tidak terabai.
Comments
Post a Comment