PELANTIKAN LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

Pada 2 Disember 2020, saya menerima satu lagi tanggungjawab baharu sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah untuk tahun 2020-2022. Penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh YBhg Dr Zaitun binti Udin, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah.  Alhamdulilah, hospital ini sangat dekat di hati saya. Saya pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan siswazah selama 2 tahun (ketika itu di Hospital Alor Setar lama) dan kemudian sebagai pegawai perubatan selama 5 tahun di sini. 

Walaupun saya pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri selama 3 penggal, iaitu dari 2015-2020, tetapi kali ini ia agak berbeza. Perbezaannya adalah lembaga pelawat ini ditubuhkan berdasarkan surat pekeliling KSU Kementerian Kesihatan manakala lembaga pelawat psikiatri punca kuasanya adalah berdasarkan Akta Kesihatan Mental 2001. Sebab itu baru-baru ini, saya agak pelik apabila Kementerian Kesihatan meletakkan syarat pelantikan ahli lembaga pelawat psikiatri mesti merupakan seorang penjawat awam yang tidak disebut pun sebagai syarat kelayakan dalam Akta Kesihatan Mental 2001. Saya risau peranan lembaga pelawat psikiatri ini akan terjejas dan kebajikan pesakit mental tidak terpelihara kerana tiada penglibatan aktivis masyarakat dan pemimpin NGO seperti sebelum ini yang sedia berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berkhidmat. Ini kerana penglibatan penjawat awam agak terhad dari segi masa dan tindak-tanduk mereka terikat dengan Perintah Am Perkhidmatan Awam (General Order). 

Kembali kepada konteks lembaga pelawat hospital, saya berpandangan ada 4 peranan utama yang harus dimainkan oleh sesebuah Lembaga Pelawat Hospital, iaitu secara ringkasnya 4K : 

i) Kebajikan - sentiasa mengambil berat kebajikan pesakit dan permasalahan keluarga mereka yang berkaitan, 

ii) Kemudahan - sentiasa mencari jalan dan dana untuk memperbaiki fasiliti dan infrastrukur hospital demi kepentingan dan keselesaan pesakit dan anggota keluarga 

iii) Kesedaran - sentiasa menganjurkan program-program yang memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit tertentu yang diselaraskan dengan sambutan kempen hari-hari kesihatan seperti Hari AIDS Sedunia, Hari Diabetes Sedunia dan sebagainya

iv) Komunikasi - sebagai platform menghubungkan hospital dengan masyarakat dan menjadi orang tengah dalam sebarang permasalahan di samping menyampaikan maklumat terkini yang mahu diwar-warkan oleh pihak hospital

Saya pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang ketika bertugas di sini, dan kini akan cuba memberi khidmat cemerlang dengan cara yang berlainan pula, insha Allah.

                                       

















Comments

  1. LOAN OFFER APPLY

    TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete
  2. QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    ReplyDelete

Post a Comment