Saya berkesempatan menziarahi Puan Wan Faridah, seorang ibu tunggal di Kubang Rotan baru-baru ini. Beliau mempunyai 5 orang anak dan dua daripadanya merupakan OKU yang mempunyai masalah pembelajaran.
Saya meminta beliau memastikan anak-anaknya tidak tercicir sekolah walaupun sumber pendapatannya agak terhad dengan hanya mengambil upah menjahit baju. Saya yakin pasti ramai pihak akan membantu persekolahan anak-anaknya.
Turut bersama saya adalah Puan Hasnita binti Hassan, Ketua UMNO Cawangan Kampung Seberang Kubang Rotan dan En Shukran Mohamad Ribi, Setiausaha Majlis Belia Daerah Kota Setar.
Comments
Post a Comment