Pada 17 Ogos 2022, tiba giliran saya untuk bertugas sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Terdapat tiga kes yang dibicarakan. Yang pertama adalah kes seorang remaja bawah umur yang terlibat dadah. Walau bagaimana pun, kes ini ditangguhkan kerana laporan rasmi urin patologi belum siap.
Kes kedua adalah kes seorang pelajar berumur 17 tahun menunggang motosikal tanpa lesen pada waktu malam dan melanggar seorang mangsa sehingga maut. Remaja ini mengaku salah dan saya mencadangkan dia mendapatkan rawatan untuk kesan trauma psikologi yang dialaminya akibat insiden itu.
Kes ketiga pula melibatkan seorang remaja 16 tahun yang memukul seorang mangsa yang terlibat dalam pertengkaran dengan bapanya berkaitan satu insiden remeh. Remaja ini dengan ditemani bapanya diperintahkan untuk mengikuti bengkel interaktif JKM bagi menangani masalah panas baran.
Kesimpulannya ibu bapa harus bertanggungjawab memantau pergerakan anak-anak masing-masing dan sentiasa menunjukkan contoh teladan yang murni.
Comments
Post a Comment