MESYUARAT JAWATANKUASA MCPF KEDAH

Mesyuarat Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Zulkifly Mohamad pada 10 Mei 2024 di Kelab Diraja Kedah.

Dalam mesyuarat ini, saya telah mencadangkan satu bentuk program pencegahan jenayah diadakan di setiap daerah yang menyasarkan sekolah-sekolah di kawasan yang berisiko tinggi. Modul program ini akan dibina dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan.

Selain itu beberapa program telah diatur dan dirancang. Antaranya, bengkel teambuilding pengurusan, pengaktifan Rakan MCPF-UUM dan kunjungan hormat Ketua Polis Kedah. Semoga segala perancangan dan niat murni MCPF Kedah akan berjalan lancar.
















Comments