Pada 11 Mei 2024, iaitu bersempena Hari UMNO Ke-78, telah diadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kampung Komplek kali ke-36 bertempat di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah.
Sebagai Ketua UMNO Cawangan, saya menggesa semua ahli yang hadir agar sama-sama mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini dan terus berjuang meningkatkan sokongan kepada UMNO di akar umbi.
Terima kasih diucapkan kepada semua AJK cawangan yang bertungkus lumus memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Comments
Post a Comment