TERIMA KASIH UNTUK 24 MEI

Terima kasih kepada sahabat semua yang menyampaikan ucapan dan doa sempena hari lahir saya hari ini. Saya telah cuba respon setakat mana yang termampu. 

Alhamdulilah saya sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada saya. Apabila sampai ke tahap ini, sebenarnya keutamaan kita hanya lebih banyak memikirkan tentang orang-orang yang tersayang. 

Jika masa umur muda dulu, tenaga kita sangat banyak tetapi idea tak berapa nak menarik. Tapi bila umur makin meningkat, idea datang tak berhenti, tapi tenaga dah tak seperti dulu. Mungkin pengalaman hidup telah mengajar dan mematangkan kita. Insya Allah saya akan teruskan perjuangan selagi terdaya dan selagi khidmat diperlukan oleh masyarakat. 

Terima kasih. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. 

           












Comments