BICARA PERPADUAN SMP 2024

Pada 8 Jun 2024, saya telah memenuhi jemputan sebagai salah seorang ahli panel slot forum Bicara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Negeri Kedah 2024 bertempat di pekarangan Stadium Darulaman, Alor Setar.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai ahli panel forum ini. Diharapkan segala pengisian yang saya sampaikan telah menepati hasrat dan matlamat penganjuran program.

Marilah kita sama-sama letakkan agenda perpaduan sebagai keutamaan dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita dan sentiasa komited menjadikan diri sendiri sebagai agen perpaduan dan permuafakatan.














Comments