FORUM ADVOKASI KANAK-KANAK TELUK WANJAH

Pada 29 Jun 2024, saya dijemput menjadi moderator Forum Advokasi Perlindungan Kanak-kanak di Taman Ambar bersama ahli-ahli panel yang hebat belaka. Ahli-ahli panel adalah :

1. Puan Siti Zaharah binti Sulaiman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar
2. Dr Nazirah binti Hashim, Pegawai Perubatan, Unit Pasukan Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
3. Inspektor Norhidaya binti Ismail, Pegawai Kanan Polis, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), IPD Kota Setar.

Pelbagai isu berkaitan kanak-kanak yang telah kami bincangkan meliputi aspek pengabaian, undang-undang, jenayah seksual, kesihatan mental dan eksploitasi. Kehadiran amat memberangsangkan apabila hampir 200 orang penduduk Taman Ambar yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Teluk Wanjah yang berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Semoga program ini telah memberi manfaat kepada penduduk setempat.





















Comments