ISU KANAK-KANAK KOMUNITI TANDOP

Kami berbincang sehingga tengah malam. Majlis perjumpaan brain storming isu kanak-kanak bersama pemimpin komuniti Tandop diadakan di Dewan Taman Desa Kamila pada 27 Jun 2024. Antara yang hadir adalah kepimpinan JPKKP, Imam dan Jawatankuasa Masjid serta Rukun Tetangga kawasan sekitar. Turut hadir bersama saya adalah Setiusaha Pasukan Pelindungan Kanak-kanak dan Pelindung Kanak-kanak JKM Daerah Kota Setar.

Hadirin diberi taklimat tentang isu-isu semasa berkaitan kanak-kanak yang sedang berlaku dalam kawasan dan bagaimana tindakan intervensi dapat dilakukan bagi membendung masalah sosial ini. Yang terkini adalah kes kehilangan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai telah dilarikan oleh teman lelaki warga asing.

Semoga program libat urus seperti ini dapat diteruskan di setiap komuniti bagi memberi pendedahan dan kefahaman terutamanya kepada pemimpin masyarakat tentang bagaimana untuk melindungi anak-anak kita daripada pengabaian, penderaan dan jenayah seksual.










Comments