KES PESAKIT MENTAL DAN DADAH DI WAD PSIKIATRI

Pada 29 Mei 2024, seperti biasa setiap bulan, sebelum saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah, kami Ahli Lembaga Pelawat akan mengadakan lawatan ke wad psikiatri untuk melihat situasi dan mengambil berat kebajikan pesakit-pesakit mental yang berada dalam wad.

Seperti biasa juga, daripada 9 orang pesakit di wad lelaki, 5 orang merupakan pengguna dadah dan dikesan positif ketika dimasukkan ke wad. Yang paling muda berumur 22 tahun, yang paling tua berumur 52 tahun. Mereka ini terdiri daripada semua kaum, ada Melayu, Cina dan India. Ada seorang lulusan jurutera perisian (software engineer).

Ada yang masuk disebabkan cubaan bunuh diri, ada yang masuk kerana mengganggu ketenteraman awam, ada yang masuk kerana bertindak agresif. Ada yang sudah banyak kali keluar masuk penjara dan pusat pemulihan. Kesan buruk dadah jenis methamphetamine kepada kesihatan mental sangat membimbangkan.








Comments