LAWATAN DSAT GROUP

Lawatan Mahsuri Medical Centre (MMC) oleh YBhg Dato’ Seri Azizul Tandek, Pengerusi DSAT Group Sdn Bhd berlangsung pada 27 Jun 2024. Beliau bersama delegasi diberi taklimat dan seterusnya dibawa meninjau kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di MMC.

Alhamdulilah beliau bersetuju untuk mengambil alih pemilikan MMC dan akan menguruskan dana untuk menaik taraf MMC bagi menjadi sebuah pusat perubatan swasta yang disegani pada masa hadapan.

Semoga segala perancangan ini akan menjadi kenyataan, insya Allah.












Comments