LAWATAN LEMBAGA PELAWAT PSIKIATRI PULAU PINANG

Pada 23 Jun 2024, saya mewakili Lembaga Pelawat Psikiatri bersama Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menerima kunjungan lawatan Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Pulau Pinang (HPP).
Rombongan dari Pulau Pinang ini diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri HPP sendiri iaitu YBhg Datuk Dr Florence Sinniah, yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sneham Malaysia iaitu sebuah NGO yang sangat aktif dalam meningkatkan kesedaran awam tentang pencegahan gejala bunuh diri (suicide prevention).

Mereka telah diberi taklimat berkenaan perkhidmatan psikiatri di HSB oleh Ketua Jabatan Psikiatri, Dr Affendi Hashim dan seterusnya dibawa meninjau fasiliti yang terdapat di wad dan klinik. Untuk makluman, Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah adalah antara beberapa hospital di Malaysia yang mengutamakan khidmat rawatan psikiatri dalam komuniti dengan sistem sokongan daripada keluarga dan komuniti serta kerjasama pelbagai agensi tempatan. Ini sebenarnya adalah kaedah paling ideal dalam memberi rawatan dan pemulihan yang terbaik kepada pesakit-pesakit mental.










Comments