MESYUARAT JKPD KOTA SETAR BIL 2/2024

Pada 10 Jun 2024, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar Bil 2/2024. Selain membincangkan tindakan susulan pengurusan kes wanita yang terlibat dadah, beberapa program telah diatur. Antaranya lawatan ke Puspen Serdang, riadah badminton bersama klien, program kacau bubur asyura dan ziarah temuseru (outreach) klien.

Saya juga telah membentangkan satu program baharu iaitu Program Sahabat Kepulihan (SaKan). Program ini akan diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Setar. Ia bertujuan menyediakan satu sistem sokongan berkonsepkan mentor-mentee rakan sebaya yang diterajui oleh pemimpin belia bagi membantu pemulihan klien-klien yang di bawah umur 30 tahun. Mereka akan dilibatkan dalam sesi kaunseling berkelompok, aktiviti-aktiviti rekreasi persatuan belia dan penyertaan program kemahiran dan keusahawanan.








Comments