LAWATAN TEMUSERU KLIEN MERGONG

Lawatan temuseru (outreach) klien-klien di bawah pengawasan AADK di sekitar kawasan Mergong diadakan pada 1 Julai 2024. Program ini adalah kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) bersama Unit Rawatan & Pemulihan AADK Daerah Kota Setar.

Dua orang klien lelaki telah diberi amaran terakhir agar mematuhi perintah pengawasan dengan hadir melapor diri di Pejabat AADK minggu hadapan sebelum tindakan undang-undang diambil kerana melanggar syarat pengawasan.

Manakala seorang klien wanita ibu tunggal walaupun didapati masih memenuhi syarat melapor diri, tetapi gagal memastikan 3 orang anaknya hadir ke sekolah. Isu ini akan dibincangkan bersama pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan lanjut. Sekiranya selepas ini, dia masih aktif menagih, dan anak-anaknya masih tercicir, pusat pemulihan adalah jalan terakhir dan Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM akan dilibatkan untuk menentukan penempatan anak-anaknya.







Comments