MESYUARAT DI PARLIMEN MALAYSIA

Satu pengalaman baharu pada 16 Julai 2024 apabila saya telah dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Keselamatan di Dewan Rakyat untuk membincangkan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Mesyuarat JKPK Keselamatan dipengerusikan oleh YB Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau manakala Mesyuarat JKPK Kesihatan dipengerusikan oleh YB Suhaizan Kaiat, Ahli Parlimen Pulai.

Pindaan akta ini antara lain bertujuan memudahcara penagih dan penyalahguna dadah untuk tampil secara sukarela bagi mendapatkan rawatan pemulihan daripada AADK. Ia juga bertujuan mengawal selia Pusat Pemulihan Dadah Persendirian dan menubuhkan Majlis Profesional Pegawai Pemulihan.

Adalah diharapkan sedikit perkongsian daripada saya dalam mesyuarat ini dapat memberi pencerahan kepada YB-YB Ahli Parlimen untuk menyokong dan meluluskan RUU pindaan akta yang sangat baik ini dengan segera.















Comments