MESYUARAT LEMBAGA PELAWAT PSIKIATRI BIL 7/2024

Setelah selesai slot MHI saya di Sri Pentas, saya terus bergegas balik ke Alor Setar. Alhamdulilah sempat juga sampai untuk saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah.
Selepas melawat wad psikiatri, kami juga meninjau fasiliti Pusat Komuniti Psikiatri yang perlu dinaik taraf kerana ini merupakan satu lagi perkhidmatan yang disediakan di hospital ini. Mohon pihak Kementerian Kesihatan dapat menimbangkan peruntukan segera untuk pusat ini demi kepentingan perkhidmatan.









Comments